Breaking

Wednesday 11 October 2023

Ramai tak percaya rupanya ini fungsi sebenar lubang pada meja pejabat, bukan lubang untuk wayar sebenarnya



 Ramai tak percaya rupanya ini fungsi sebenar lubang pada meja pejabat, bukan lubang untuk wayar sebenarnya. Seiring bertambahnya usia, banyak perkara baharu yang kita pelajari setiap hari, kan? Misalnya, anda berpendapat anda sudah arif dengan fungsi sesuatu benda atau peralatan, rupa-rupanya ada fungsi lain yang tidak disangka-sangka.

Misalnya, jika anda berkerja di pejabat, boleh dikatakan anda sudah memahami dan mengetahui selok-belok pejabat masing-masing.

Dari tempat penyimpanan fail sehingga laci yang terdapat pada meja, anda sudah lali akan susun atur barangan di dalam pejabat.


Selain itu, segala fungsi peralatan yang ada di pejabat juga sudah anda gunakan sepenuhnya seperti meja pejabat atau meja dalam bilik mesyuarat.

Perasan tak, biasanya terdapat satu lubang berpenutup di atas sesetengah meja pejabat atau meja dalam bilik mesyuarat?

Lubang tersebut ditutup dengan menggunakan penutup plastik yang boleh diputar untuk menutup dan membuka ruangan tersebut.

Fungsi asal lubang tersebut adalah untuk dijadikan laluan menghubungkan kabel atau wayar sesuatu peralatan elektronik, seperti komputer dengan soket elektrik di bawah meja.
Dengan adanya lubang ini, ia dapat membantu susun atur meja menjadi lebih rapi dan wayar tidak terlalu berselirat sehingga mencacatkan pemandangan.

Namun, ada pengguna TikTok yang sangat kreatif berjaya menemui fungsi ‘rahsia’ lubang yang terdapat pada permukaaan meja ini.

Pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Hiulme (hiulme) telah mendedahkan fungsi rahsia bahagian tersebut menerusi laman TikToknya pada 2 Oktober lepas.

Dalam video itu, dia bertindak menanggalkan penutup dan meletakkan cawan plastik pada bahagian lubang tersebut.

Menariknya, lubang pada meja pejabat tersebut dapat memuatkan cawan plastik itu dengan sempurna.

Selain lubang pada meja, lelaki tersebut menunjukkan cara lain untuk meletakkan cawan di atas meja. Pada pertengahan video, dia menunjukkan bahawa kita juga boleh meletakkan cawan di dalam penutup lubang berkenaan.

Lebih mengejutkan, selain menjadi tempat untuk meletakkan cawan, pemuda tersebut menunjukkan lagi satu fungsi rahsia bahagian plastik tersebut yang tidak disangka-sangka.

Rupanya, penutup lubang berkenaan juga boleh dijadikan sebagai pentup cawan. Malah, penutup berkenaan juga mempunyai bahagian khusus untuk memudahkan orang meneguk air, persis seperti penutup cawan sebenar.

Reaksi warga maya yang terpukau dengan helah tersebut.

Sejujurnya, fungsi-fungsi rahsia yang ditunjukkan oleh pemuda tersebut bukanlah fungsi sebenar lubang pada meja pejabat.

Akan tetapi, video yang berdurasi 29 saat itu telah berjaya menghiburkan para warga maya, khususnya pengguna TikTok. Rata-rata mereka memberikan komen yang kelakar pada ruangan komen.

“Ingat tu button untuk pergi tempat Ejen Ali,” tulis pengguna (@sepitt_).

“Aku ingat benda tu untuk senaman jari,” komen pengguna (@fannyonly_124).

“Banyak function. Tak macam member aku, takde fungsi pun hidup,” pengguna (@onlyanonlyan) ‘meluahkan perasaannya’ pada ruangan komen.



Perkongsian lelaki tersebut mungkin untuk tujuan berjenaka namun memang tidak dapat dinafikan, fungsi-fungsi yang ditunjukkan ada manfaatnya.

Mana tahu, ia dapat membantu mengelak air daripada tertumpah di atas meja, kan.

No comments:

Post a Comment